Monday 25 May 2015

OH Hubby !

Aku selalu menaiki bas untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Suatu hari.

"Hai Nor, lama tak jumpa hang."

Tiba-tiba aku ditegur seorang remaja perempuan. Dia kawan aku ketika sekolah rendah.

"Oh, hai Syah. Tu la..dah lama tak nampak hang. Hang sihat? " soal aku sekadar berbasa-basi dengannya.

"Aku sihat. Hang nampak lain la." kata Syah sambil melihat aku atas bawah. Aku nampak lain sangat ka sampai dia tengok aku macam tu, getus hatiku agak kurang selesa apabila dipandang sebegitu rupa.

"Hang pi sekolah agama ka yang hang sampai pakai tudung labuh bagai ni? "

Nah, dah agak dah. Mesti yang itu apa yang difikirkan Syah dari tadi sehingga melihat aku sebegitu rupa.

"hmmm..aku p sekolah biasa ja wei....tapi aku ambik pendidikan islam la..." sengaja aku tekankan hujung ayat aku.

"hmm.."

Dalam bas, kami bersembang tentang sekolah masing masing. Tiba-tiba masuk topik boyfriend.
Dia kata cikgu sekolah dia asyik membebel kerana para pelajar sudah mula couple dan dia pula memerli cikgu dia semula. Aku hanya diam. Tak tahu nak kata apa .

Speechless.

Dia terus bercerita bagaimana dia kenal boyfriend dia melalui what's up. Dia terus bersetuju apabila lelaki itu mahu berkenalan dengan dia walaupun dia tak kenal lelaki itu. Dia juga menceritakan kepada aku yang teman lelaki dia selalu bagi dia hadiah seperti teddy bear ....tak tahu tujuan dia cerita semua tu tapi...hmm.

Setelah  berjeda agak lama, Syah mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan ikon what's up lalu membuka chat dia dengan 'hubby' dia. Dia seolah olah sengaja menunjuk perbualannya dengan 'Hubby' nya itu.

Aku hanya buat 'derk'.

Sekarang adalah masa untuk belajar ya kawan2. Tak payah la sibuk nak bercouple sebab couple tanpa ikatan yg sah kan haram. Jodoh kita kalau ada di dunia..takkan lari ke mana . Kita belajar la dulu..jalankan tanggungjawab kita yang sedia ada ini. Jodoh tu lain kira ya kawan kawan..sampai masa adalah si dia yg Allah hantarkan terbaik untuk kita.

Sorry kalau ada yang terasa tapi..aku cuma ingatkan diri dan semua kawan kawan kat luar sana. Gembirakan mak bapak kita..insya Allah ...jodoh kita akan gembirakan kita dengan cara yg Allah redhai.

#cintalepasnikah #lagibest #atouchwithoutguilt #DIapemeganghatikita #facebook


No comments:

Post a Comment