Wednesday 6 May 2015

Jangan sombong !!

MANUSIA: "Saya Taknak Beriman !!"
Bayangkan jika Allah pula membalas kata2 kita dengan ungkapan..
ALLAH: " JANGAN engkau duduk atas bumi ini, pergi cipta planet lain, cipta air sendiri, cipta tanah sendiri. Lepastu duduklah di planet yg engkau cipta.."
-Imam Muda Asyraf-

Manusia yang berkata tidak mahu beriman beerti dia sedang bersikap sombong dengan penciptanya sendiri kerana beriman bermaksud percaya. Jika dia mengatakan dia tidak percaya kepada Allah beerti dia mengatakan diri nya dicipta sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Bukankah itu sombong? 

"Wah hebat kau . Baru start sebulan bisnes kau dah maju." 

"Biasalah. Tengok lah usaha aku. Bertungkus lumus tanpa bantuan sesiapa."

Nah, ini salah satu contoh kita sombong riak dengan mengatakan kejayaan kita adalah usaha kita sendiri dan bukan atas pertolongan Allah.

Salah!
Sememang nya salah!

Allah lah pemberi rezeki. Allah la segala-galanya untuk kita. Tanpa Allah, kita bukan apa-apa malah bukan sebutir habuk pun.

Astaghfirullahal 'adzim. 
Renungkan lah sama ada kita pernah bersikap sombong dengan tuhan yang esa atau masih hambaNya yang sentiasa mencari redhaNya.
Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment