Saturday 2 May 2015

Nur Iman

NUR IMAN
kenapa?
kenapa?
kenapa?
kenapa tertera pada ic aku beragama islam
TAPI
kenapa aku tak buat macam yg tertera kat situ..
Islam adalah pegangan seorang muslim
ISlam cara hidup muslim
Islam sepatutnya menjadi jalanku ke syurga....
Tapi
aku sendiri tak pernah sedar semua tu..
Setiap hari menjadi hari dosa ku
solat?
puasa?
tutup aurat?
TAK PERNAH aku buat semua tu..
sejak kecil aku diajar mengenal dunia..tapi
tak pernah mengenal tuhan..
tahun demi tahun berlalu..
aku masih dalam dunia aku sendiri
kemewahan yg dicurah kepada ku
tak pernah aku syukuri..
aku tak kisah akademik ku
aku tak kisah kokurikulum ku..
aku hanya masuk puteri islam kerana menyangka persatuan tu tak perlu kan tenaga aku..
Satu hari...
aku mengikuti lawatan ke sebuah rumah anak yatim..
bersama ahli puteri islam yg lain.Aku terpaksa memakai tudung kerana pengerusi kata lebih manis kalau kanak-kanak kat sana tengok.'Panas' itu yang aku rasa.Saat aku jejak kaki ku di situ..satu perasaan asing hadir dalam diriku...melihat anak kecil bermain dengan gelak tawa yang tak lekang di bibir mereka..hatiku seolah-olah terusik dengan keadaan itu..mereka kekurangan kasih sayang seorang ibu seorang ayah..tapi mereka seakan akan tak pernah merasa kehilangan walau jauh di lubuk hati mereka masih ada keinginan untuk mendapat pelukan hangat seorang ibu,perlindungn seorang ayah.
Aku menghalau perasaan itu jauh jauh kerana tujuan aku ke situ untuk mendapat markah koko semata-mata..Aku terus melangkah bersama yang lain untuk berjumpa dengan pengurus rumah anak yatim tersebut.Kami kemudian ditugaskan untuk memilih seorang anak yatim dan bermain bersama mereka.
ah sudah..
aku ni bukan boleh nak digandingkan dengan budak-budak..
kang..ada jugak yang jadi BBQ kena jemur kat tengah panas sebab perangai mereka yang menjengkelkan.
Akhirnya,aku terpaksa memilih seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun.'hmm..budak hingusan ja..' getus hatiku apabila melihat Nur Iman yang sedang bermain bersama rakan nya di halaman rumah anak yatim itu.
'woi!Budak!Mai sini." Aku separuh menjerit apabila aku melihat dia seolah olah tidak terkesan dengan pandangan yang aku beri pada nya yang bermaksud 'mai sini' .
"Nama saya Nur Iman.."Dia membalas dengan nada mendatar sambil berjalan ke arah ku.
"Aku nak ...."
Dum...sebiji bola cukup untuk membuat takat didih hati aku naik .
"kau! kau mai sini, kurang ajar kau!"
Belum sempat aku menampar budak itu, Nur Iman menendang kakiku lalu menarik tangan rakannya pergi dari situ..
Aku mengejar mereka tapi apa daya ku untuk mengejar budak budak tak guna tu dengan kaki aku yg sakit.
Aku kuatkan juga diriku untuk mencari mereka..
"Iman kenapa buat macam tu kat kakak tu,nanti iman mesti kena teruk ngan kakak tu.Salah Hana juga sebab tak hati-hati." tiba tiba aku terdengar suara seorang kanak-kanak .Aku melekapkan telinga ku ke pintu stor yg tertutup.
"Hana,sejak Iman datang sini,Hana saja yg faham Iman.Hana dah jadi keluarga Iman lepas umi dan abah Iman meninggal.Iman tak dapat buat apa-apa sebab Iman masih terlalu kecil untuk membela kematian umi dan abah Iman.Hana dah bagi Iman kasih sayang seorang kakak dan Iman cukup bersyukur untuk tu.Allah ambil umi dengan abah untuk bagi Iman seorang kakak. Iman takkan biar org lain sakitkan Hana,Iman akan lindungi Hana walaupun Iman tak boleh lindungi umi dan abah."
Ah..perasaan tu datang lagi...tapi lain sikit..kenapa?
Aku berjalan pergi .
"Iman minta maaf sebab tendang akak."
Tiba tiba Iman datang duduk di sebelah ku dan memegangtangan ku.
Aku hanya mengangguk.Aku sendiri tak tahu kenapa,tapi hatiku menjadi lembut untuk memaafkan Iman.Jelas terpancar sinar kegembiraannya setelah aku mengangguk .
"Akak. Jom solat zuhur. Dah masuk waktu."
Aku tersentak.Solat?
"Akak..akak cuti..." Aku menjawab tergagap-gagap.
Iman hanya mengganguk tanda faham..
Aku melihat dia solat dan berdoa.Aku rasa bersalah kerana aku tak pernah solat dan berdoa di hadapan pencipta ku,memohon ampun.PErasaan ini tak dapat ku tahan lagi sehingga cecair jernih yg dari tadi bertakung di tubir mata ku mengalir turun di pipi ku.Bertambah lebat cecair ini turun apabila aku mendengar dia membaca Al Quran.Hati ini begitu terusik dengan alunan ayat al quran tersebut.Esakan ku yg kian mencengkam jiwa akhirnya aku lepaskan jua sehingga Iman berhenti mengalunkan ayat ayat suci tersebut.
"akak..akak kenpa ni..sakit lagi ke kaki akak tu?"
Aku masih dengan esakan ku yg makin kuat kedengaran membuat kan Iman terkedu.Aku tak kisah . Aku benar-benar terkilan kerana ayat ayat suci tidak pernah bermain di bibir ku.Aku tak tahu bagaimana nak membaca Al quran .
Iman hanya memandang aku sepi sebelum dia memeluk ku.
"Akak ada masalah ka?Cerita lah kat Allah.Allah maha mendengar semua yg diperkatakan hambaNya."suara comelnya sekali lagi membuat hatiku terusik.Dia hanya seorang budak yg masih banyak yg tidak diketahui tapi lagi banyak yg dia tahu tentang Islam daripada aku yg masih buta.
"Akak tak apa apa ..cuma akak rindu..."
"rindu dengan DIa."
YA ALLAH...
aku malu pada Mu..
dosa ku terlalu banyak ...
adakah Engkau akan mengampuni ku?
Lima tahun berlalu,
Aku kembali ke rumah anak yatim tersebut.kehadiran Nur Iman benar benar mengubah hati aku.Aku bersyukur Allah menghantar Nur Iman ,kanak-kanak celik yang ceria walau ditimpa ujian yg berat sangat.Aku kini bertdung labuh,sudah mula menunaikan kewajiban ku sebagai hambaNYa.Balik dari rumah anak yatim ,terus aku menelefon sahabat aku,Almas,seorang rakan yg benar benar penyabar,sabar menasihati aku ketika hati aku masih keras,jahil.Dia banyak membantu aku untuk berubah.Ajarku solat,pakai tudung dan baca al quran.
"Assalamualaikum, puan.Apa khabar puan? " aku menegur mesra pengurus rumah anak yatim sambil meencium tangan tua yang banyak berbakti pada rumah anak yatim itu.
"Waalaikumsalam.Huri.Saya baik baik saja.Dah 3 tahun kamu tak datang.Kamu sihat?" Dia tersenyum memandangku tapi ada sesuatu yang lain.Mungkin perasaan ku sahaja.
"Sihat.Alhamdulillah."Puan khadijah mengajak aku untuk pergi ke bilik nya.Di situ lah aku menerima berita yang benar benar memeranjatkan aku.Puan Khadijah hanya memeluk ku sebagai penguat diriku . Perasaan yg sama aku rasa 3 tahun yg lalu.Perasaan yang benar benar membuat aku jatuh tersungkur untuk beberapa minggu sebelum Almas pulang dari Aberdeen untuk memujuk dan memberi semangat kepada ku untuk bangkit semula.Aku fikir perasaan itu hanya akan datang kembali selepas aku tua.Rupa-rupanya, Nur Iman , penyampai cahaya iman kepadaku melalui Allah yg maha pengasih, menjadi penyebab aku merasa kembali perasaan ini untuk kali kedua. Betullah, ajal tak kira muda atau tua.Jika itu yang tertulis, sampai masanya, tidak akan cepat atau lambat sesaat pun ,ajal akan datang menjemput.
Iman ..Akak redha kalau itu yang tertulis..cuma akak terkilan sebab akak tak ada untuk Iman bila Iman betul betul perlukan sokongan untuk melawan kanser yang Iman hidapi.
3 tahun..selama 3 tahun lah aku tak tahu yg selama itu Iman telah pergi tinggalkan aku seperti ibu dan ayah ku.Tak apa lah Iman, sekurang kurangnya Iman dapat berjumpa dengan ibu bapa Iman di syurga. Beruntung nya iman dapat masuk syurga. Beruntungnya umi dan abah Iman dapat anak yg solehah seperti Iman. Nur Iman..akak harap akak akan dapat seorang anak seperti Iman yang comel,yang pintar, yang dapat membawa akak ke syurga.Diawal perkenalan,kita mungkin tak suka sesama sendiri tetapi mungkin kerana Iman seorang kanak-kanak yg berhati mulia...Allah mengubah hati akak dari tak suka kepada suka...Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu..termasuklah hati kita ....DIa pemegang hati kita .. :')
Ya Allah .
Ya RAHMAN ya RAHIM
Ampun kan la dosa dosa ku,dosa kedua ibu bapa ku,dosa guru-guru ku, rakan-rakan ku,dosa seluruh umat nabi muhammad sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Amin..

1 comment: