Saturday 2 May 2015

Lolipop ada plastik atau tak da plastik

Di Kantin:
murid : Assalamualaikum ustazah
ustazah : Waalaikumsalam *senyum* .
murid : Ustazah..saya tahu perempuan islam wajib pakai tudung tapi saya tak tahu tujuan pakai tudung . Semalam kawan non-muslim saya tanya...tapi.....saya tak tahu nak jawab *tunduk*.
ustazah : *senyum* Kita tak wajib pakai tudung.
murid : hah? *terkejut*
ustazah : tapi kita wajib TUTUP AURAT.tudung adalah salah satu kita tutup aurat. kalau tak pakai tudung.. guna newspaper atau baldi pun boleh .*angkat kening* .
murid : owhhhh ...hahaha . saya dah faham.
Ustazah : ustazah nak tanya. Dalam situasi kamu kena pilih lolipop yang dibalut dengan plastik atau lolipop yang terdedah...yang mana kamu akan pilih?
murid : mesti la yg ada plastik.
ustazah : kenapa?
murid : sebab yg tak dak plastik mesti dah ada bakteria habuk semua..takkan saya nak makan.
ustazah : maksud nya lolipop tu dilindungi oleh plastik kan? sama la apabila seorang wanita menutup aurat, beerti dia sedang melindungi dirinya dari pandangan liar kaum lelaki. Banyak kes rogol berlaku kerana wanita itu sendiri tak menutup aurat sehingga menaikkan nafsu lelaki. Bukan nak kata semua salah wanita tapi kita yang bertanggungjawab dengan keselamatan diri kita. Allah tak suruh hamba Nya lakukan sesuatu dengan sia sia. semua nya ada kebaikan untuk kita sendiri cuma kita ja yang nampak atau tak nampak kasih sayang Allah terhadap kita.
murid : *tunduk* terima kasih ustazah. For everything. tapi macam mana dengan kawan saya yang masih tak nampak semua tu?
ustazah : Dah jadi tanggungjawab ustazah untuk berkongsi apa yg ustazah tahu. cegah kemungkaran dengan tangan iaitu kuasa yang ada pada kita, kalau tak,cegah dengan lidah iaitu secara lisan sama ada teguran atau nasihat dan selemah lemah iman adalah dengan hati, doakan kawan kamu supaya dia berubah. Kita berusaha tapi Allah yang tentukan. Sama ada hati kawan kamu akan terima cahaya atau tidak itu semua kerja Allah kerana DIa pemegang hati kita.
murid : Terima kasih ustazah. Saya balik kelas dulu ya ustazah . Assalamualaikum. *senyum*
Ustazah : waalaikumsalam. *senyum*

1 comment: