Tuesday 14 July 2015

Mr cool... tapi tak cukup cool ! 1

WEI!!!!! Apa ni??? Kenapa buruk sangat? Bila masa depa upload gambar ni? Ni nak jadi king kong ni....

Aku terus  meluru keluar dari bilik ku. Pemilik akaun facebook 'Mariam Cutee' menjadi target aku untuk melepaskan bom nukleur. Peluh yang keluar bagai nak rak aku hiraukan. Minah ni memang tak boleh kalau bagi muka..naik lemak ang eh?

"Allahuakbar subhanallah !" terjerit gadis molek dari Perlis itu apabila disergah oleh Almas. Dah awat dia ni? Memang mintak sepakan penalti dari aku betul la ..haish..

"Wei! Awat pi upload pic aku masa kecik tu? Buruk la wei..apa ni...mana ang dapat wei...mana aku nak letak muka aku kat sekolah?!!!", tu dia..sekali budak penang kena histeria la der...

"La pasal tu ka? rRilek la..omel ooooo.. hahaha" terbahak-bahak Mariam tergelak di atas katilnya. Almas yang kelihatan seperti beruk tak makan sebulan langsung tidak dipandang. Nak stop gelak? Tinggal harapan ja la...

"Aku tak kisah ang nak gelak ka apa..yang pasti delete sebelum aku habis mandi kalau tak memang ang minta aku lancar bendera merah kat ang.I'm serious Siti Mariam Bt Abdul Rashid." 

Almas terus berlalu ke bilik air di tingkat bawah. Badan melekit!! 

Aku akan berada di rumah Mariam untuk seminggu sempena cuti sekolah memandangkan umi dan abah aku sedang berada di Istanbul. Aku pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Syah Putra, Pulau Pinang. Abah selalu ke luar negara untuk mengurus perniagaannya cuma kali ni umi dan abah mengambil keputusan untuk pergi bercuti TANPA AKU!!! Sedih tak? Haish nasib la labu....

Minah yang bernama Mariam ni pulak kawan baik aku sejak masuk sekolah tu. Aku baru pindah sekolah tu beberapa bulan yang lepas so...dia ja yang terlebih mesra alam dengan aku jadi aku pun mesra alam dengan dia.

Aku pindah sekolah bukan sebab abah tapi sebab ada minah sengal kat sekolah lama aku buat aku naik hangin tak hingat dunia. Aku sampai bergaduh dengan minah tu dan semestinya aku yang menang  haha sebab aku kan juara bertahan main tarik rambut ni. hehe.... Walaupun aku menang tapi aku rasa macam .... malas la nak jumpa bebudak kat situ....so aku pindah. The end ...pertama yang melupakan adalah yang paling gembira.....

~~~~~

Ha kan aku dah kata..mana pernah minah tu makan saman. 

Like yang berduyun-duyun masuk dalam notification aku pandang sepi tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Haish ..pak cik Rashid ....kalau pak cik tak jumpa anak pak cik kat rumah, cuba cari kat Alaska....mungkin tengah tertonggek kat sana lepas kena sepakan penalti saya....

Baru aku ingin melangkah ke bilik Mariam..langkah aku terhenti . Apa yang buat aku terkejut , terkaku , terkelu semua ter tu? HA..... One word...Q.A.Y.Y.U.M....like gambaq hodoh aku? Oh My Allah...

Qayyum...
Dah cukup buat hati aku tak keruan. Qayyum , ketua pengawas dari kelas 5 Al-Ghazali, merangkap jiran aku sejak 10 tahun yang lalu. Depan rumah pulak tu... memang pecah lampu nak fikir apa reaksi dia tengok gambaq seorang budak berusia 7 tahun mengerutkan muka sambil bercekak pinggang. Gambar tu kawan kakak aku yang ambil. Kakak aku kata aku memang suka buat muka macam tu masa sekolah rendah tapi aku tak ingat pun.

Memang aku tak boleh tidur la malam ni...


~~~~~

Meja yang bersepah langsung aku tak ambil peduli.Melihat pelajar lain keluar dari kelas langsung tidak membuatkan aku tercuit untuk bergerak. Otak penat do.... Akaun....memang ..... Gila!!!!Dengan senggugut lagi.

Ditambah dengan peristiwa pagi tadi bagai meragut semangat aku. Haih nasib la labi....

*
"Hai kakak comel... atototo omelnya dia......kerut kerut gitu..." berdesing telinga aku mendengar sindiran Hafiz, pelajar lelaki kelas 5 Al-Ghazali.Pelajar lain di kantin turut tergelak.. Aku dah la tengah dalam 'red light' mood...ni ada pulak beruk nak menyibuk pagi ni.

Mata aku mencerun melihat Hafiz tu. Dah la pendek huh! Muka aku memang dah merah macam lipstick .

" Diam la pendek!"

Hmm tau nak terdiam. Aku hampir nak tergelak pulak tengok muka 'tahan kentut' dia tu tapi aku tahankan saja .Ish...Almas...tadi marah sekarang nak gelak pulak.. Haila....bila 'red light' menyala...'lampu lampu' lain pun rosak...menyala ikut suka ja..

Darah terus menyirap ke muka saat mata aku tertacap pada sesusuk tubuh yang mengenakan baju pengawas berwarna biru. Wajahnya cukup mempesonakan dan memang akan menarik perhatian 'ulat bulu-ulat bulu' sedunia kat sekolah aku ni. Rayyan, nama seindah wajah tapi sayang sejuta bermilion kali sayang, perangai mengalahkan kucing nak mengawan. Gatal!Sejak hari pertama aku jejak kaki ke sekolah ni lagi, memang aku dah jadi target budak KL ni. Asyik dok hai! hai!. Ingat muka aku ni hadap sangat hai dia ka?

"Hai, Comel gambar awak ." suaranya saja sudah buat bulu roma bulu kening segala bulu meremang. Kenyit mata lagi duh...

'Lari!!!!!!'

Tu apa yang hati aku kata tapi otak aku ni degil entah kenapa entah. Haila....ole ole betul la....

Jelingan maut aku lemparkan pada dia tapi dia buat derk ja.

Sekarang baru otak aku berfungsi. Aku terus berlalu ke tangga untuk ke kelas.Kelibat Qayyum kelihatan di anak tangga yang terakhir, jauh dari orang lain. Aku tahu dia sedang menjeling aku tapi aku kuatkan hati lalu tepi dia.

"Apa jeling-jeling? Ada hutang? " kasar sekali suara aku bila depan dia. Yela...mana ada kucing nak miow menggedik bila jumpa anjing.

"Yup! Kau hutang aku ni ..tapi aku tak nak benda ni bila kau bayar balik...aku nak 40 sen ." katanya selamba sambil melihat

Aku tayang muka pelik tapi selepas itu aku terperasan sesuatu....aku tengok baju sekolah ku yang sudah cantik 'dicorak' dengan penuh artistiknya dengan cecair merah.

Membutang mata aku melihat benda tu di tangan dia. Erk!! Malu 7 keturunan aku rasa. Umi!! Nak pengsan boleh tak? Ole-ole betul la...

Sepantas kilat aku menyambar 'benda tu' dari tangan dia. Muka aku yang membahang aku biarkan dan terus lari pecut ke tandas untuk bersih kan benda merah tu yang elok mencorak baju ku. Bukan senang nak hilang. Dah la kelas nak mula dah ..nak tukar lagi.. haiyooo...

*

"Woi ! Keluar kelas sekarang. Tau la dah famous, peraturan tetap peraturan." sinis suara itu kedengaran di telinga Almas.

Terkejut kucing duh...tau tau la kucing terkejut macam mana kan. Terlompat! Habis bersepah buku aku atas lantai. Haish! Ni yang kasi gua mendidih. Tegur tak pernah nak elok. Budi bahasa kan budaya kita. Ni mesti tak tengok iklan kat rumah. Tau la budak pandai tak tengok tv...

"Aku tau la....nak keluar la ni.... "
"Habis buku aku... pengawas ke ah long pun aku tak leh beza dah hmmphhh!" sambung aku perlahan tapi cukup kuat untuk si dia dengar.

"Dua-dua. Hutang kau masih ada  dan sekarang waktu rehat jadi tak boleh duduk dalam kelas. "

ERK!!

Ok ...dia dengar...

"Tahu lah tapi esok aku bayar. Aku lupa bawak duit hari ni. Ang tak payah nak kejaq aku bagai nak rak." cebik aku . Aku memang akan bayar setiap hutang aku sebab kalau aku tak bayar and meninggal.....wuishhh terseksa woooo...jadi bayar lah hutang hutang anda, ya anak-anak...

"Tahu..tahu...Dah la ..gerak la cepat...moyang aku gerak cepat lagi."sinis Qayyum.

Aku mencebik. Moyang dia gerak cepat lagi ? Tolong la ...nampak sangat nipunyer....Aku pantas mengutip buku yang berterabur dan simpan ke dalam beg lalu keluar dari kelas. Setapak lagi hendak keluar, Qayyum menghadang di muka pintu.

Eh Eh..tadi suruh cepat sekarang halang pulak..tak paham aku dengan mamat ni. Teringin nak rasa sepakan penalti aku ka bro?

Tiba-tiba..

"Nah"

"Apa ni?"

"Kucing"

"Hah?!!"

Qayyum meraup mukanya. Ya Allah sabarkanlah aku bila cakap dengan minah pending ni...dah terang-terang aku bagi duit..boleh pulak tanya apa ni...Haiyooo nyonya..

"Kau rasa ni apa? Mestila duit..dah famous sangat sangat sampai lupa duit tu apa ke? ", lagi sekali. Qayyum memang tak habis-habis dengan kata-kata sinis dia ni bila berhadapan dengan aku. Kalau dengan cikgu? Sebaik-baik manusia wei...dengan senyum manis semanis gula aising. Dengan aku nak senyum?Hmmm Hampeh...Tinggal harapan je la anak-anak sekalian......

Terangkat sebelah kening aku. Jap..jap....aku hutang..then dia nak bagi aku duit .Dah awat dia ni?

"Yela...memang la duit.. tapi yang bagi aku duit buat apa? Aku yang hutang ang ka ..ang yang hutang aku? Ka ang dah nyanyuk macam moyang-moyang yang selalu nyayuk? Aku paling ciput pun gerak perlahan sikit ja...ang tu nyanyuk terus! " aku menjelir lidah. Aku tahu apa yang aku cakap tu menimbulkan kemarahan manusia depan aku ni tapi...dia start dulu! Tak kisah la childish ka, apa dish ka...memang aku tak boleh blah dengan makluk depan aku ni.

Nafas panjang Qayyum hela. Menahan marah atau tengah menyabarkan diri dengan sikap aku yang kebudak-budakkan...aku tak pasti.

Jeda...

"Ni duit untuk kau makan waktu rehat nanti. Kau tak bawa duit kan? Pinjam dulu. Make sure makan . Nanti lapar , tak boleh tumpu perhatian." mendatar suaranya saat menyatakan niatnya. Dia meletakkan duit itu ke atas meja tepi pintu kelas lalu menghilang selepas menuruni tangga.

Bang! Ambik ang.....tu la ang , Almas, kita kena husnuzhon. Bersangka baik. Ni tak ..kan ang dah buat dia marah. Niat baik dibalas dengan kata -kata kasar .

'Mesti dia sakit hati' kata otak.

'Dah of course la dia sakit hati. Ang cakap tak guna otak!' tembak hati.

'Yela salah aku jugak la...' kata otak.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Imam Ghazali menjawab "Yang paling tajam adalah lidah manusia"
Kerana melalui lidah , manusia begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

"Wei jom pi rehat"

 Tersentak aku apabila aku diterpa dari arah belakang oleh Mariam. Haish minah ni...hilang terus kata-kata yang berlegar difikiran aku.

"Jom..." jawab aku mendatar.

Mariam memandang aku pelik tapi aku hanya buat tak nampak sebab kalau aku layan..mesti sampai esok tak habis soalan datang dari mulut dia ni.

Mereka berlalu pergi tanpa menyedari ada tiga pasang mata sedang memerhati di balik pintu kelas sebelah kelas 5 Al-Bukhari. Kesian pintu ditendang salah seorang dari mereka.


~~~~~~~~~~

Nantikan sambungan selepas tahun depan malam raya XD

Baru nak belajaq menulis...saja saja tulis ja..so tak best .

Tapi akan ku sambung Insya Allah :D sebab lepas seminggu  cuti raya  akan ada exam T_T

Assalamualaikum :D ngeeee..

#DIapemeganghatikita #facebook  





















Monday 8 June 2015

#SISC2015

Students' international conference
Hmmm aku pun tak berapa nk tau Tapi nama pun conference so...faham faham sendiri LA
Dianjurkan oleh SGGS dan diiktiraf oleh kementerian pelajaran .

Bla..bla..bla .....
Bukan tu yg aku nak cerita..aku nak cerita pasal APA yg Jadi masa aku jual barang dekat hotel tempat conference diadakan.
Ada delegates dari Thai filipina Indonesia  Taiwan India Dan Malaysia sendiri.

Aku sebagai usahawan berjaya(lah sangat) Dan kawan kawan aku p LA jual barang souvenirs n kacang kacang skit...Dari secondday to the last day..Tapi ada satu hari tak berniaga sebab depa p melawat satu pulau (pandai pandai ja aku cakap satu pulau) .

Hari terakhir tu delegates dibnarkan beli souvenirs n ada yg jual souvenirs ...nak dijadikan cerita delegates Thailand handsome handsome so..faham faham lah..ramai serbu tempat depa n sebelah depa pulak Dari filipina ..boleh LA handsome depa tu...jual baju Tapi habis hmmmm.t shirt bias a ja pun!!!!! (Jealous APA aku Ni haih)

Tapi point aku susah pay ah type Ni adalah jeng jeng jeng. .

Aku n kawan kawan aku bergilir gilir Jaga kedai n p Tengok kedai Lain...then masa aku jaga ada delegate Thai datang. Aku pun beramah mesra LA...ckap tak berhenti semata mata nk jual barang Lol...usahawan berjaya LA katakan...

Then dah beli barang tu...aku cakap terima kasih Tapi bahasa Thailand...hmmm Bajet hebat Tapi salah...Tapi masa  cakap tu aku punya LA confident n muka pun confident ..then kawan aku gelak puny a kuat boleh ganti langsuir dh..aku pulak macam blurrrr masih tak tau APA salah aku...aku cakap kun kun kap .....hmmm hebat bebenor aku Ni..then org Thai tu macam erk... Then dia belah. Aku tak in gat sangat muka dia masa tu sebab aku malu gila n dh cover muka aku guna sweater...hmmm sedihnya hidup gua~…

Lol ..then kawan aku pun bagi ajaran sesat.huh Tadi punya LA gelak kat aku ..Tapi salah jugak..depa cakap kap pun kap Tapi bila org Thai tu datang balik,aku minta dia ajar aku n aku minta maaf sebab salah cakap..then org Thai tu ajar LA aku dgn penuh sabar ye anak anak sekalian..Tapi org Thai tu cakap kap kun kap ..hmm spot the difference?

Good
Then masa turn aku nk jalan p kedai lain nk tangkap gambaq semua..aku terlebih excited sampai terlanggaq someone ..n that someone ada lah org Thai yg sama tadi..hmm OK...malu gua~…

So moral value of the story ..jgn gelak kat org yg cuba untuk improve kemhiran dia..n jangan takut mencuba n bertanya.

Memang panjang cerita Ni Tapi sapa yg dah Baca ayat Ni masudnya ampa semua orang yg sabar XD . terima kasih kapkun kap ...
Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahu akbar
Assalamualaikum

#jomZikir :D

Monday 25 May 2015

OH Hubby !

Aku selalu menaiki bas untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Suatu hari.

"Hai Nor, lama tak jumpa hang."

Tiba-tiba aku ditegur seorang remaja perempuan. Dia kawan aku ketika sekolah rendah.

"Oh, hai Syah. Tu la..dah lama tak nampak hang. Hang sihat? " soal aku sekadar berbasa-basi dengannya.

"Aku sihat. Hang nampak lain la." kata Syah sambil melihat aku atas bawah. Aku nampak lain sangat ka sampai dia tengok aku macam tu, getus hatiku agak kurang selesa apabila dipandang sebegitu rupa.

"Hang pi sekolah agama ka yang hang sampai pakai tudung labuh bagai ni? "

Nah, dah agak dah. Mesti yang itu apa yang difikirkan Syah dari tadi sehingga melihat aku sebegitu rupa.

"hmmm..aku p sekolah biasa ja wei....tapi aku ambik pendidikan islam la..." sengaja aku tekankan hujung ayat aku.

"hmm.."

Dalam bas, kami bersembang tentang sekolah masing masing. Tiba-tiba masuk topik boyfriend.
Dia kata cikgu sekolah dia asyik membebel kerana para pelajar sudah mula couple dan dia pula memerli cikgu dia semula. Aku hanya diam. Tak tahu nak kata apa .

Speechless.

Dia terus bercerita bagaimana dia kenal boyfriend dia melalui what's up. Dia terus bersetuju apabila lelaki itu mahu berkenalan dengan dia walaupun dia tak kenal lelaki itu. Dia juga menceritakan kepada aku yang teman lelaki dia selalu bagi dia hadiah seperti teddy bear ....tak tahu tujuan dia cerita semua tu tapi...hmm.

Setelah  berjeda agak lama, Syah mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan ikon what's up lalu membuka chat dia dengan 'hubby' dia. Dia seolah olah sengaja menunjuk perbualannya dengan 'Hubby' nya itu.

Aku hanya buat 'derk'.

Sekarang adalah masa untuk belajar ya kawan2. Tak payah la sibuk nak bercouple sebab couple tanpa ikatan yg sah kan haram. Jodoh kita kalau ada di dunia..takkan lari ke mana . Kita belajar la dulu..jalankan tanggungjawab kita yang sedia ada ini. Jodoh tu lain kira ya kawan kawan..sampai masa adalah si dia yg Allah hantarkan terbaik untuk kita.

Sorry kalau ada yang terasa tapi..aku cuma ingatkan diri dan semua kawan kawan kat luar sana. Gembirakan mak bapak kita..insya Allah ...jodoh kita akan gembirakan kita dengan cara yg Allah redhai.

#cintalepasnikah #lagibest #atouchwithoutguilt #DIapemeganghatikita #facebook


Tuesday 19 May 2015

me the type writer ~ole

Cita cita aku selalu berubah...
Ala biasa latu Kalau berubah ...macam LA Tampa tak pernh ubah cita cita
Tapi ye LA...mula2 nk jadi penyiasat lepas tengok detective Conan * masa kecik LA..
Then, nak jadi dragon rider Lol ....sebb tengok cerita kartun haha . pengaruh cerita kartun ya kawan kawan then...aku jadi Cikgu LA bomba LA..and so on...
But then , yg terbaru LA kan...hmmm penulis
Lol
Lol
Trololol
OK...memang lawak Tapi ya LA...aku dah tulis satu cerpen 'nur iman' *ada kat blog Ni ya kawan2. One more on the way. Look forward for it OK? Hoho.Tapi based on true story and tokok tambah so...tak berapa boleh dipanggil true story ..hmmmm.
BTW, it's about someone I know and she trust me to write her story. Chaiyok! I'll try my best to write it and u know what? She read it and laughed.

Well...
I'm talented so....haha just kidding..jadi gediks jap.
APA APA pun I hope u can learn something from the short story that I wrote so that the time u spent to read it will  worth it. Enjoy :D
Assalamualaikum.

Sorry Kalau bi tunggang langgang and thank you sebab Baca ;)

#DIapemeganghatikita #facebook

Saturday 16 May 2015

Fitnah dosa besar

Pernah tak difitnah ..dituduh benda yg kita tak buat pun.

Hmmm..
Jauhi lah fitnah tak dak mnfaat pun...
Menyusahkan diri org Lain ada LA....
Bayangkan...
Sebab fitnah
Ada yg bunuh diri sebab maruah dia dipijak Tanpa sebab...
Ada yang menangis Teresak esak
Ada yang gila....

Nampak tak bahaya fitnah?

Kucing  curi ikan
Tikus yang kena

Hmmm pelik Tapi perumpamaan ciptaan sendiri tuboleh LA..dibuat renungan he he...

Berbalik kepada topik

Allah melarang perbuatan INI sekerasnya..
Kerana fitnah ,musnah semua

Bertaubat LA
Kerana roh masih dikandung bad an
Tak sampai di kerongkong lagi

Bertaubatla.
Kerana matahari masih naik seperti bias a

Jgn sampai pintu tertutup Baru tergedek gedek Nk belajar merangkak
Bertaubat LA... Insya Allah ...walau setinggi langit pun dosa kita....Allah akan ampunkan.
Allahuakbar Allah Omaha Pengampun
 semoga bermanfaat....
#taubatnasuha #DIapemeganghatikita #facebook

We GeORGiaNs sanggup Tunggu

Lepas sekolah (jumaat)
Au dengan kawan aku selalu tunggu van dekat meja batu dekat gate sekolah.
Kami bercakap pasal minggu exam yg crazyyyy yg dimuatkan dengan killer subjek....akaun chemi bio fizik add math ekonomi asas

Argghhhh....
Scary nak tunggu result...
Sambil chit chat tu ada LA kawan aku science stream buat  lawak sains ....aku dengan classmate aku mcam....." Haaha ya...ya..." Buat  buat  paham ja...

Aku sambil sambil tu dok cari jugak Mana van ..

Kawan aku: jumaat...pak cik tu p solat jumaat LA tu...

Aku: tahu...APA salahnya tunggu Kalau dia buat
benda Baik ...

Kawan aku: betul betul ....Georgian memang bertimbang rasa.. We Georgian..sanggup tunggu..
Hahahaha...

Trololol
OK .....PS: Georgian tu gelaran pelajar SGGS :D

Buat  lah baik ...nescaya di balas Baik .
Allah tak mensia- siakan HambaNya yg berbuat Baik  walau sekecil biji sawi pun.
Subahanallah Allahuakbar

#DIapemeganghatikita #facebook


Thursday 7 May 2015

Kreatif dlm bersedekah


1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan sema mngkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
..2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
..3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
..4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
..6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
..9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2
................
..12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah.
‪#‎copypaste‬ ‪#‎senangkannakbersedekah‬