Wednesday, 6 May 2015

Jangan sombong !!

MANUSIA: "Saya Taknak Beriman !!"
Bayangkan jika Allah pula membalas kata2 kita dengan ungkapan..
ALLAH: " JANGAN engkau duduk atas bumi ini, pergi cipta planet lain, cipta air sendiri, cipta tanah sendiri. Lepastu duduklah di planet yg engkau cipta.."
-Imam Muda Asyraf-

Manusia yang berkata tidak mahu beriman beerti dia sedang bersikap sombong dengan penciptanya sendiri kerana beriman bermaksud percaya. Jika dia mengatakan dia tidak percaya kepada Allah beerti dia mengatakan diri nya dicipta sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Bukankah itu sombong? 

"Wah hebat kau . Baru start sebulan bisnes kau dah maju." 

"Biasalah. Tengok lah usaha aku. Bertungkus lumus tanpa bantuan sesiapa."

Nah, ini salah satu contoh kita sombong riak dengan mengatakan kejayaan kita adalah usaha kita sendiri dan bukan atas pertolongan Allah.

Salah!
Sememang nya salah!

Allah lah pemberi rezeki. Allah la segala-galanya untuk kita. Tanpa Allah, kita bukan apa-apa malah bukan sebutir habuk pun.

Astaghfirullahal 'adzim. 
Renungkan lah sama ada kita pernah bersikap sombong dengan tuhan yang esa atau masih hambaNya yang sentiasa mencari redhaNya.
Assalamualaikum. :)

Monday, 4 May 2015

---7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab--- renungkan~


Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing. Keluhan wanita pertama: "Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua: "Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita ketiga: "Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat: "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima: "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita keenam: "Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan wanita ketujuh: "Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak." Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab: "Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

 Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab: "Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab: "Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab: "Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab: "Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, a nak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab: "Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan……. taat pada suami anda. Itu saja." ''

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab: "Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu." Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: "Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?" Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya-Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

 -------------------------------------------------------------------------------------------------

 Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

 "Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kenapa orang yg dah mati pilih sedekah ? tidak pilih buat umrah atau puasa ka, sekiranya dia dikembalikan kedunia, Sebagai mana Allah menceritakan di dalam al quran(wahai tuhanku !Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi ,supaya aku dapat bersedekah ..... Tidak menyebut oleh orang yg mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati, oleh itu perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yg beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya. Dan tolong sedekah kepada org yg telah meninggal dunia dikalangan kamu ,sesungguhnya mereka beranggan angan nak balik ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi org soleh,oleh itu tolong tunaikan angan angan mereka dan latih anak2 kamu bersedakah.

Sunday, 3 May 2015

Allah Maha Pengampun Maha Penyayang

Kita MINTA MAAF...
Kita ULANG BALIK kesalahan kita.. Dan kita minta maaf lagi,
Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita.. =.=
Tapi bila dengan ALLAH...
Kita buat salah dan kita BERTAUBAT... Kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih TERIMA taubat kita...
Betapa ALLAH SAYANG kita,
kita yang selalu TERLUPA akan hakikat tersebut...
KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA..

tapi tak bermakna kita diberi peluang untuk berdosa sesuka hati..
jangan tengok betapa kecil dosa kita tapi fikir perintah siapa yang kita baru langgar..
Moga kita diberi PELUANG Kembali kepadaNYA Dalam keadaan DIA Redhakan. Aminnn..

Exam nak dekat!!


 Exam nak dekat dah tapi aku masih melekat pada satu bab
Aku  terfikir kenapa susah nak masuk otak
Aku baring di atas katil di dalam bilik
Masih menghafal
Buat seketika aku berhenti menghafal
Memikirkan semula tujuan aku bersusah payah

'Kita kena belajaq kerana Allah
Untuk dapat ilmu pegetahuan
Bukan nak gred cantik
Nanti susah kita nak belajaq'

Hmmm...yang apa yang kawan aku kata
Memang aku setuju
Aku fikir balik
Apa yang aku tengah buat
Study untuk gred atau study untuk pengetahuan seumur hidup?

Sejujurnya...
Aku mengaku
selama ni aku study untuk gred

Oleh itu kawan kawan
Kita kena ubah pemikiran kita
Niat kita
Insya allah semua Allah akan senangkan untuk kita

Utamakan Allah insya Allah
Kita akan diutamakan Allah

:D

Sapa yang nak exam dah kat luar sana
Set minda
Reset niat
Buat kerana Allah
Minta Allah terangkan hati kita lapangkan dada kita kuatkan semangat dan ingatan kita
Untuk terus berjihad di jalan Allah
kan DIa pemegang hati kita

#semogaberjaya


Our life

Kadang,
Diri kita boleh diibaratkan seperti cermin
Kita memantulkan apa yang dihadapan kita
Kesalahan orang lain...
Tapi...
Bayang kita sentiasa berada di belakang kita
Kesalahan diri kita
Kita sembunyikan...

Janganlah pandang seseorang itu seperti dia pasti masuk neraka
Janganlah pandang diri kita seperti kita pasti masuk syurga

Kerana 
Dosa pahala adalah antara benda yang kita tak nampak
Mungkin dosa kita lebih banyak dari dosa dia
Mungkin pahala dia lagi banyak dari pahala kita

Kembali kepada Pencipta
Kerana 
DIa pemegang hati kita
Sumber cahaya kita
Mintalah Dia jadikan kita sebagai manusia yang  menjaga aib orang lain
Kerana di Akhirat 
Insya Allah , aib kita juga Allah tutup.

Saturday, 2 May 2015

Lolipop ada plastik atau tak da plastik

Di Kantin:
murid : Assalamualaikum ustazah
ustazah : Waalaikumsalam *senyum* .
murid : Ustazah..saya tahu perempuan islam wajib pakai tudung tapi saya tak tahu tujuan pakai tudung . Semalam kawan non-muslim saya tanya...tapi.....saya tak tahu nak jawab *tunduk*.
ustazah : *senyum* Kita tak wajib pakai tudung.
murid : hah? *terkejut*
ustazah : tapi kita wajib TUTUP AURAT.tudung adalah salah satu kita tutup aurat. kalau tak pakai tudung.. guna newspaper atau baldi pun boleh .*angkat kening* .
murid : owhhhh ...hahaha . saya dah faham.
Ustazah : ustazah nak tanya. Dalam situasi kamu kena pilih lolipop yang dibalut dengan plastik atau lolipop yang terdedah...yang mana kamu akan pilih?
murid : mesti la yg ada plastik.
ustazah : kenapa?
murid : sebab yg tak dak plastik mesti dah ada bakteria habuk semua..takkan saya nak makan.
ustazah : maksud nya lolipop tu dilindungi oleh plastik kan? sama la apabila seorang wanita menutup aurat, beerti dia sedang melindungi dirinya dari pandangan liar kaum lelaki. Banyak kes rogol berlaku kerana wanita itu sendiri tak menutup aurat sehingga menaikkan nafsu lelaki. Bukan nak kata semua salah wanita tapi kita yang bertanggungjawab dengan keselamatan diri kita. Allah tak suruh hamba Nya lakukan sesuatu dengan sia sia. semua nya ada kebaikan untuk kita sendiri cuma kita ja yang nampak atau tak nampak kasih sayang Allah terhadap kita.
murid : *tunduk* terima kasih ustazah. For everything. tapi macam mana dengan kawan saya yang masih tak nampak semua tu?
ustazah : Dah jadi tanggungjawab ustazah untuk berkongsi apa yg ustazah tahu. cegah kemungkaran dengan tangan iaitu kuasa yang ada pada kita, kalau tak,cegah dengan lidah iaitu secara lisan sama ada teguran atau nasihat dan selemah lemah iman adalah dengan hati, doakan kawan kamu supaya dia berubah. Kita berusaha tapi Allah yang tentukan. Sama ada hati kawan kamu akan terima cahaya atau tidak itu semua kerja Allah kerana DIa pemegang hati kita.
murid : Terima kasih ustazah. Saya balik kelas dulu ya ustazah . Assalamualaikum. *senyum*
Ustazah : waalaikumsalam. *senyum*

DIa harapan kita

Jangan pernah berharap kepada manusia...
sedangkan bayang sendiri tinggalkan kita apabila tiada cahaya
Manusia datang dan pergi Dari hiidup kita begitu sahaja
Hati manusia sentiasa berubah ubah
Semalam baik
Esok khianat
Semalam peramah
Esok sombong
Semalam sayang
Esok benci
Allah
Berharap hanya pada Allah
Allah tak pernah berubah atau pergi Dari hidup kita
Saat kita jatuh Allah ada bersama
Saat kita sunyi Allah peneman kita
Saat kita stress Allah sedia mendengar masalah kita
Ingat
Bila tiada yang Sudi menghulur bahu untuk bersandar
Akan selalu tersedia lantai untuk bersujud
Biar ayat ayat suci yg menenangkan kita
Teguhkan LA hati kami kepada Mu ya Allah pada agama mu..Jalan yg benar, sebenar benar nya.
Amin.
‪#‎DIapemeganghatikita‬